Banyak lagi ar ability dia ni yang boleh tolong kelab untuk season depan, sekurang-kurangnya dapat top 4 balik....boleh la tengok LFC main UCL....ni tak, asyik terkenang malam di Istanbul ja.....
Okeh, meh sini aku nak bagi hampa semua usha sikit biodata si Adam ni....
Profil Charlie Adam
Nama Penuh : Charles Graham Adam
Tarikh Lahir : 10 Desember 1985 (25)
Tempat Lahir : Dundee, Scotland
Tinggi : 1.85 m (6 kaki 1 inci)
Posisi : Midfielder

- Charlie Adam adalah antara pemain tengah yang menjadi rebutan banyak pasukan di Premier League setelah menunjukkan persembahan yang memberansangkan di Blackpool.
- Beliau memulakan kerjayanya di sekuad remaja Dundee antara tahun 1999-2003. Kemudian beliau berpindah ke Rangers untuk memulakan kerjaya profesionalnya dari tahun 2003-2009.
- Walaubagaimanapun, beliau banyak menghabiskan masanya atas pinjaman. dimana beliau dipinjamkan ke kelab Ross County (2004-2005), St. Mirren (2005-2006). Setelah beliau kembali semula, di bawah pengurus Paul Le Guen dan Walter Smith di Ibrox, beliau berjaya membawa Rangers ke Final Piala UEFA 2008. Tapi musim berikutnya kejatuhan prestasinya membuatkan beliau dipinjamkan ke Blackpool (2009).
- Kehadirannya di Blackpool telah membantu pasukan untuk melonjak ke Premier League membuatkan beliau ditawarkan kontrak untuk terus bersama Blackpool (2009-2011). Apabila di Premier League kehadirannya mula mendapat pujian serta perhatian kelab2 lain. Liverpool antara pasukan yang benar2 berminat serta telah membuat tawaran pertama pada Januari lalu tetapi ditolak dan kemudiannya Blackpool menerima juga tawarn kedua pada Julai 2011.
- Kelebihan : Hantaran yang tepat. Manakala kemahiran untuk mematikan bola dari pihak lawan sangatlah memuaskan.
- Kekurangan : Jika permainannya tidak ditumpukan 100%, permainannya agak terumbang ambing
- kejayaan : 12 gol dalam 35 perlawanan untuk Blackpool dalam Premier League 2011, membuatkan ia menjadi perhatian kelab2 lain.
- Kegagalan : Selepas beberapa siri pinjaman ke kelab2 lain, Nasibnya masih lagi tidak memihaknya di Rangers pada 2008 untuk dipinjamkan lagi ke kelab lain.
- Gaya : Tajam, tegas. Dia adalah pemain tengah yang boleh menetukan rentak permainan.
- Adik Adam, Grant, adalah penjaga gol dan bermain untuk pasukan Rangers 'bawah 19 tahun.

No comments:
Post a Comment