LFC Moment

Friday, 26 August 2011

Jadual Perlawanan LPB Liverpool

haa....ni la jadual Liga Perdana Barclays Reds untuk musim ni....camna????best tak???boleh tahan la kan.....dua perlawanan dah lepas pon, ngan Sunderland pastu ngan Arsenal.....Perlawanan pertama LFC kurang memberangsangkan la sebab cuma oleh seri ja lawan ngan Sunderland 1-1, Suarez score game tu.....pastu game dengan Arsenal memang best, Liverpool menang 2-0 kat Emirates.....bangga betoi....dah 11 tahun Liverpool tak menang kat tempat Arsenal ni....asyik seri ngan kalah ja.....Suarez ngan Ramsey(gol sendiri).....hebat Suarez kan????
Lepas ni Bolton, kita tengok camna....mintak-mintak la menang kan......

Jose Enrique Sanchez

Selamat Datang ke Anfield !!!!!

Hari ni aku nak cakap pasal muka baru Liverpool ni, Enrique.....Pada tanggal 12hb Ogos 2011 dia dah disahkan menjadi warga Reds.....Posisinya ialah pertahanan kiri dan dia akan memakai jersi no.3 untuk kelab baru dia ni.....Pembelian yang bagus aku rasa sebab kalau ikut statistik tahun lepas memang sah dia cemerlang(walaupun kelabnya tak)....
Harga si Enrique ni pon berbaloi la....6 juta pound ja....emmm...lepas tengok dia main masa lawan Sunderland ngan Arsenal hari tu aku rasa dia ni memang boleh diharap untuk memperkuatkankan lagi pertahanan yang kita tengok agak rapuh sebelum ni.....tapi tak tau la kan sebab awal lagi.....baru mula ja pon BPL ni.....harap-harap la dia boleh menghilangkan rindu peminat-peminat LFC kat LB yang kita lama iaitu John Arne Riise sebab setakat la ni belum ada yang boleh ganti dia kan.....hebat 0oooo Riise dulu.....
Sentuh sikit pasal antarabangsa, Enrique ni penah main Sepanyol masa zaman muda ja.....bawah 21 tahun punya pasukan kebangsaan.....belum pernah membuat debut senior.....tapi takpa, nanti boleh la tu sebab dah masuk Liverpool kan.....mesti jurulatih panggil punya....Contohnya macam Albert Riera.......sebelum ni mungkin depa terlepas pandang kat dia......lagipon LB Sepanyol sekarang ni dah tua.....boleh kot kalau Enrique ganti dia.....
apa-apa pon kita tengok dulu macam mana.....jangan jadi macam Konchesky sudah la......okeh-okeh, jom usha-usha sikit profil brader  Enrique ni....

Nama : Jose Enrique Sanchez Diaz
Tarikh Lahir : 23 Januari 1986
Tempat Lahir : Valencia, Sepanyol
Height : 1.84 meter
Kelab Terdahulu : Levante B(04-05), Valencia(05-06), Celta Vigo,loan(05-06), Villareal(06-07),
                            Newcastle United(07-11), Liverpool


Tuesday, 9 August 2011

TRAGEDI HILLSBOROUGH

Tragedi ini berlaku pada perlawanan di antara Liverpool dengan Nottingham Forest, dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada tahun 1989. Perlawanan yang berlangsung pada tarikh hari pada 15 April 1989. Dengan pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1988 pada peringkat yang sama iaitu separuh akhir piala FA, Liverpool menentang Nottingham Forest yang menyaksikan Liverpool menewaskan pasukan ini dengan jaringan 2-1. Mungkin disebabkan dendam dari pasukan Nottingham Forest ini, maka secara tidak langsung menyebabkan semanagat untuk membalas dendam adalah sangat tinggi.

Pada tahun selepas itu, dengan Liverpool kembali menentang Nottingham Forest serta pada pelawanan separuh akhir kedua dimana Everton vs Norwich City, dimana menyaksikan Everton menewaskan Norwich City dengan jaringan 1-0.

Menurut daripada sumber yang boleh dipercayai …

Jalan antara Merseyside nak ke Sheffield itu ada kerosakan,dan pada masa yang sama berlaku traffic jam yang teruk di jalan tersebut.Perlawanan terpaksa ditangguhkan beberapa jam, sedangkan sudah ada beribu lagi penyokong Liverpool sudah berada di persekitaran Stadium Hillsborough. Pada perlawanan itu menyaksikan penyokong Liverpool telah diberikan tempat duduk di Lepping Lane yang boleh memuatkan 15,000 orang.Manakala penyokong pasukan Nottingham Forest FC pula diberikan seat Spion Kop yang berjumlah 21,000 orang. Hal ini telah menimbulkan sedikit kekeliruan dimana, pada lumrahnya penyokong Liverpool lebih ramai daripada penyokong Nottingham Forest FC, dan secara metematiknya perlulahnya penyokong Liverpool diberikan lebih seat di dalam stadium ataupun untuk lebih bersikap adil perlulah jumlah tempat duduk di dalam stadium dibahagikan sama banyak dan sama rata.

Dan selepas itu berlakulah tragedi yang amat buruk dan menyedihkan.Setibanya mereka yang ramai sudah berkumpul di luar stadium dengan pada masa yang sama penghadang pintu tiket tidak berfungsi, maka pihak polis mengarahkan agar pintu pagar di sebelahnya dibuka. Pada masa yang sama tolak menolak untuk memasuki stadium pun berlaku untuk merebut masuk ke dalam stadium.
Tolak menolak ini menyebabkan mereka yang tersangkut di pintu tiket yang rosak tertolak ke arah meraka yang berada di depan.Dan didepan mereka yang sedang berhimpit-himpit itu ada satu terowong kecil menuju ke Lepping Lane.Dan pada masa yang sama Lepping Lane yang sudah penuh dengan penyokong Liverpool serta ditambah lagi dengan tekanan tolak lagi dari peyokong dari luar, dan juga dikatakan ada penyokong yang cuba melarikan diri dari satu kebakaran kecil yang berlaku di salah satu teres tempat duduk penonton menyebabkan mereka yang di depan tertolak ke pagar dan pagar itu runtuh, dan penyokong tehumban dalam padang sekali dengan skruktur stadium yang runtuh.94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke –96 mati selepas berada 4 tahun di dalam koma. Laporan Taylor yang disiapkan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Taylor mengenalpasti kesesakan berlebihan penonton dan kegagalan kawalan polis sebagai punca tragedi. Kini, satu memorial telah dibina di Anfield untuk memperingati 96 penyokong tersebut. Mereka juga diabadikan dengan dua nyalaan api kekal di dalam logo rasmi kelab Liverpool. Memorial Hillsborough terletak bersebelahan Shankly Gates di Anfield. Majlis memperingati mereka diadakan setiap tahun. Liverpool akan meminta menangguhkan perlawanan sekiranya tarikh perlawanan bercanggah dengan tarikh memperingati kumpulan 96 Hillsborough.

TRAGEDI HEYSEL

Sejarah kejadian Heysel disaster pada 29 May 1985…..



Sudah menjadi kebiasaan kepada perlawanan akhir, kebiasannya bahagaian stadium akan dibahagi kepada dua bahagian untuk memisahkan antara kedua penyokong pasukan.pada waktu ini penyokong Liverpool duduk di pintu X,Y dan Z manakala Juventus di pintu M,N, dan O.Dan pada satu lagi seksyen pintu Z – adalah tempat duduk untuk penyokong neutral (yang tidak menyokong mana-mana pasukan).Tetapi disebabkan oleh kerana penduduk Brussels ramai imigran Itali @pendatang tanpa izin ,maka dengan itu bahagian yang pada mulanya untuk penontong dan penyokong yang neutral disitu dipenuhkan dengan penyokong Juventus.


Dengan pada perlawanan akhir pada tahun sebelum itu, menyaksikan Liverpool menewaskan A.S Roma, maka boleh dikatakan semua penyokong Itali pada ketika perlawanan ini berlangsung ingin melihat pasukan dari Itali menang dalam perlawanan akhir kali ini, kerana takut maruah mereka tercemar dan tercalar.

Disebabkan hal ini, berlaku kejadian dimana penyokong Juventus a.k.a penyokong Itali pada masa yang sama, telah melakukan kekacauan dan kekalutan di dalam stadium. Dipetik dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pada ketika itu…..

Penyokong yang berpihak kepada Juventus, memulakan tindakan ganas seperti membaling botol bir dan batu-batu ke arah penyokong Liverpool. Disebabkan tindakan dari penyokong Juventus ini juga lah, penyokong Liverpool pada ketika itu, semakin naik angin dan penyokong Liverpool bertindak balas menyerang penyokong Juventus.Apabila semua penyokong Liverpool bangun dan menyerang kembali penyokong Juventus maka suasana panik berlaku.Mereka berlari ke arah hujung stadium. Disebabkan berkemungkinan terlalu ramai penyokong di bahagian tersebut. Dan berkemungkinan terlalu berat, maka runtuhan pada struktur binaan stadium runtuh. Disebabkan kejadian ini telah menyebabkan 39 orang penyokong terkorban dan 32 daripadanya terdiri daripada penyokong Juventus serta hampir 600 orang mengalami kecederaan. Dalam perlawanan akhir ini juga menyaksikan dimana, Liverpool telah tewas kepada Juventus dengan jaringan 1-0. Dimana jaringan tunggal itu dijaringkan oleh Michel Platini pada minit ke 59 perlawanan.

Impak berlakunya bencana Heysel Stadium disaster, seluruh kelab England telah diban selama 5 tahun dengan Liverpool dikenakan tambahan 1 tahun. Pada tahun 1985 ini juga adalah kali terakhir Liverpool masuk ke Liga juara-juara sebelum ke istanbul pada tahun 2005.

Saturday, 6 August 2011

Sejarah Penubuhan Liverpool Fc



Sejarah kelab Liverpool.....emm aku pon kurang pasti mula-mula......tapi lepas selidik-selidik sikit dapat la jugak pengetahuan tentang kelab ni yang aku nak kongsi ngan hampa suma......

Liverpool FC ni ditubuhkan pada 15 Mac 1892 oleh sesorang yang bernama John Houlding, pemilik padang Anfield. Dia memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton yang sebelum itu menyewa padang Anfield ni.....Dalam tahun 1891, John Houlding membeli tanah lapang bersebelahan Anfield pastu bercadang untuk bagi naik kadar sewa daripada £100 kepada £250 setahun.....Banyak jugak la kot time tu.....Ahli-ahli kelab Everton pon bantah lalu dengan drastiknya meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park yang menjadi padang depa sampai hari ni.....


Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada tarikh keramat 15 Mac 1982, Liverpool FC pon ditubuhkan.....John Mckenna yang dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool.


Mula-mula pasukan yang ditubuhkan oleh John Houlding ni pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tapi hajatnya ditolak oleh Persatuan Bolasepak Inggeris. John Houlding ni pon seterusnya letak nama Liverpool untuk kelab barunya......Lepas tu John ni pon mintak la nak masuk Liga Inggeris.....


Permohonan Liverpool nak join Liga Bola Sepak Inggeris kemudian ditolak. Liverpool kemudiannya menyertai Liga Lancashire dan menang perlawanan pertama mereka mengalahkan Higher Walton dengan jaringan 8-0 di Anfield. Gol pertama dijaringkan oleh Liverpool dan perlawanan kompetitif disumbat oleh Malcolm McVean. Pada penghujung musim pertama dalam Liga Lancashire, Liverpool muncul juara dan berjaya mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup. Inilah pertama kali Liverpool bertemu Everton dalam perlawanan setempat yang juga dipanggil Derby Match. Selepas itu, Liverpool diisytiharkan layak untuk menyertai Liga Bola sepak Inggeris pada tahun 1894.....


Ok la, ni ja kot yang aku boleh kongsi pasai sejarah LFC ni....yang lain-lain aku kurang pasti sangat.....yang lain-lain akan kutambah dikemudian hari ya......YNWA!!!!!

Tuesday, 2 August 2011

Kenangan di Istanbul.....

Memang tak sah la blog ni kalau aku tak post benda ni.....kenangan yang memang tak dapat dilupakan bagi semua warga Liverpool.....dan sebab match ni lah aku mula menggilai LFC......perlawanan yang terlalu menarik dan kadang-kadang tu aku rasa macam magic pulak benda tu.....bagi sesiapa yang masih belum faham, aku dok cakap pasai match Liverpool ngan AC Milan tahun 2005 tu la....final Champions League....

Benda yang menarik perhatian aku ialah semangat pemain-pemain Liverpool tu sendiri....memang dahsyat ar....depa kena gulai ja masa separuh masa pertama....3-0 tu....bukannya sikit....macam mustahil ja nak ligan balik kan....dah la final time tu.....lawan ngan AC Milan pulak....time tu AC memag tengah top la....Shevchenko, penyerang paling bahaya kat Eropah masa tu.....sapa tak kenai kan....
Tapi yang aku paling respect kapten kita la...dia punya semangat memang tinggi.....dalam saat-saat genting macam tu memang semangat dia amat diperlukan untuk membantu menaikkan moral anak buah dia.....buktinya tengok la masa dia score 1st gol, dia cepat-cepat suruh semua penyokong bersorak, naikkan semangat pemain....terharu gak aku tengok......hahahahahaha

Lagi sorang, emmm....Dudek, si penjaga gawang, memang terbaik ar....save banyak penalti.....pandai dia psycho player AC Milan time penalti tu.....walaupon 1st half dia kena terok ngan depa, dia balas balik time penalti.....dahsyat ar dia.....

Apa-apa pon kredit kepada semua pemain Liverpool masa tu....penjaring gol, Steven Gerrard, Smicer ngan Xabi Alonso.....sekarang ni cuma tinggal 2 orang ja player yang masih kekal yang main untuk LFC malam tu....Gerrard ngan Carragher.....yang lain semua tinggal kenangan ngan sejarah termasuk la Rafa Benitez.......
ok la, sebelum tu jom layan video match tu.....meruntun jiwa gak ar......




Steward Downing

Steward Downing ketika sidang media

Sorang lagi muka baru untuk season depan....Hebatkah beliau ni????Aku rasa ok la kot....sebab selalu jugak tengok dia main musim lepas, nampak passing dia pon cantik gak....left foot dia memang power la.....Ingat tak dia siap score lagi masa lawan Liverpool musim lepas....aku tengok match tu.....sakit ati ja rasa.....hahahahaha.....cilakui betoi dia ni....memalukan defend Liverpool ja.....
Dia pindah masuk Liverpool pada 15 Julai 2011.....dikhabarkan yuran perpindahan sekitar 20 juta pound....banyak gak ar.....ramai peminat The Reds kata overprice tapi kita tengok dulu camna.....mungkin berbaloi sebab Liverpool pon takdak left wing yang guna kaki kiri.....dia pakai baju no 19 kat Liverpool nanti....no. yang dulunya diguna oleh Ryan Babel, bekas player LFC.....
Harap-harap la dia ni boleh memajukan kelab kita.....nak usha sedikit sebanyak tentang dia tak????




Nama Penuh : Steward Downing
Tarikh Lahir : 22 Julai 1984 (27)
Tempat Lahir : Middlesbrough, England
Tinggi : 1.80 m (5 kaki 11 inci)
Posisi : Sayap
Karier Bolasepak : Middlesbrough (01-03), Sunderland, pinjaman        
                  (03-04), Middlesbrough (04-09), Aston Villa   
                  (09-11), Liverpool (sekarang)




Ok la...tu ja kot yang aku nak kongsi pasai Downing ni....YNWA!!!!!









Monday, 1 August 2011

Ahli Baru......

Charlie Adam, apa pendapat anda semua tentang dia ni????ok tak ngan LFC setakat ni????Dah sumbat satu gol kan....jangan dok wat lupa lak ngan team mana.....hahahahaha....penalti pon penalti la....janji aku rasa dia ni amat berbaloi untuk kelab.....passing dia memang cantik, tak kira long pass atau short pass....free kick pon bahaya....
Banyak lagi ar ability dia ni yang boleh tolong kelab untuk season depan, sekurang-kurangnya dapat top 4 balik....boleh la tengok LFC main UCL....ni tak, asyik terkenang malam di Istanbul ja.....
Okeh, meh sini aku nak bagi hampa semua usha sikit biodata si Adam ni....


Profil Charlie Adam 

Nama Penuh   :  Charles Graham Adam
Tarikh Lahir : 10 Desember 1985 (25)
Tempat Lahir :  Dundee, Scotland
Tinggi       : 1.85 m (6 kaki 1 inci)
Posisi       :  Midfielder


  • Charlie Adam adalah antara pemain tengah yang menjadi rebutan banyak pasukan di Premier League setelah menunjukkan persembahan yang memberansangkan di Blackpool.
  •  Beliau memulakan kerjayanya di sekuad remaja Dundee antara tahun 1999-2003. Kemudian beliau berpindah ke Rangers untuk memulakan kerjaya profesionalnya dari tahun 2003-2009.
  • Walaubagaimanapun, beliau banyak menghabiskan masanya atas pinjaman. dimana beliau dipinjamkan ke kelab Ross County (2004-2005), St. Mirren (2005-2006). Setelah beliau kembali semula, di bawah pengurus Paul Le Guen dan Walter Smith di Ibrox, beliau berjaya membawa Rangers ke Final Piala UEFA 2008. Tapi musim berikutnya kejatuhan prestasinya membuatkan beliau dipinjamkan ke Blackpool (2009).
  • Kehadirannya di Blackpool telah membantu pasukan untuk melonjak ke Premier League membuatkan beliau ditawarkan kontrak untuk terus bersama Blackpool (2009-2011). Apabila di Premier League kehadirannya mula mendapat pujian serta perhatian kelab2 lain. Liverpool antara pasukan yang benar2 berminat serta telah membuat tawaran pertama pada Januari  lalu tetapi ditolak dan kemudiannya Blackpool menerima juga tawarn kedua pada Julai 2011.
  • Kelebihan : Hantaran yang tepat. Manakala kemahiran untuk mematikan bola dari pihak lawan sangatlah memuaskan.
  • Kekurangan : Jika permainannya tidak ditumpukan 100%, permainannya agak terumbang ambing
  • kejayaan : 12 gol dalam 35 perlawanan untuk Blackpool dalam Premier League 2011, membuatkan ia menjadi perhatian kelab2 lain.
  • Kegagalan : Selepas beberapa siri pinjaman ke kelab2 lain, Nasibnya masih lagi tidak memihaknya di Rangers pada 2008 untuk dipinjamkan lagi ke kelab lain.
  • Gaya : Tajam, tegas. Dia adalah pemain tengah yang boleh menetukan rentak permainan.
  • Adik Adam, Grant, adalah penjaga gol dan bermain untuk pasukan Rangers 'bawah 19 tahun.