LFC Moment

Tuesday, 9 August 2011

TRAGEDI HILLSBOROUGH

Tragedi ini berlaku pada perlawanan di antara Liverpool dengan Nottingham Forest, dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada tahun 1989. Perlawanan yang berlangsung pada tarikh hari pada 15 April 1989. Dengan pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1988 pada peringkat yang sama iaitu separuh akhir piala FA, Liverpool menentang Nottingham Forest yang menyaksikan Liverpool menewaskan pasukan ini dengan jaringan 2-1. Mungkin disebabkan dendam dari pasukan Nottingham Forest ini, maka secara tidak langsung menyebabkan semanagat untuk membalas dendam adalah sangat tinggi.

Pada tahun selepas itu, dengan Liverpool kembali menentang Nottingham Forest serta pada pelawanan separuh akhir kedua dimana Everton vs Norwich City, dimana menyaksikan Everton menewaskan Norwich City dengan jaringan 1-0.

Menurut daripada sumber yang boleh dipercayai …

Jalan antara Merseyside nak ke Sheffield itu ada kerosakan,dan pada masa yang sama berlaku traffic jam yang teruk di jalan tersebut.Perlawanan terpaksa ditangguhkan beberapa jam, sedangkan sudah ada beribu lagi penyokong Liverpool sudah berada di persekitaran Stadium Hillsborough. Pada perlawanan itu menyaksikan penyokong Liverpool telah diberikan tempat duduk di Lepping Lane yang boleh memuatkan 15,000 orang.Manakala penyokong pasukan Nottingham Forest FC pula diberikan seat Spion Kop yang berjumlah 21,000 orang. Hal ini telah menimbulkan sedikit kekeliruan dimana, pada lumrahnya penyokong Liverpool lebih ramai daripada penyokong Nottingham Forest FC, dan secara metematiknya perlulahnya penyokong Liverpool diberikan lebih seat di dalam stadium ataupun untuk lebih bersikap adil perlulah jumlah tempat duduk di dalam stadium dibahagikan sama banyak dan sama rata.

Dan selepas itu berlakulah tragedi yang amat buruk dan menyedihkan.Setibanya mereka yang ramai sudah berkumpul di luar stadium dengan pada masa yang sama penghadang pintu tiket tidak berfungsi, maka pihak polis mengarahkan agar pintu pagar di sebelahnya dibuka. Pada masa yang sama tolak menolak untuk memasuki stadium pun berlaku untuk merebut masuk ke dalam stadium.
Tolak menolak ini menyebabkan mereka yang tersangkut di pintu tiket yang rosak tertolak ke arah meraka yang berada di depan.Dan didepan mereka yang sedang berhimpit-himpit itu ada satu terowong kecil menuju ke Lepping Lane.Dan pada masa yang sama Lepping Lane yang sudah penuh dengan penyokong Liverpool serta ditambah lagi dengan tekanan tolak lagi dari peyokong dari luar, dan juga dikatakan ada penyokong yang cuba melarikan diri dari satu kebakaran kecil yang berlaku di salah satu teres tempat duduk penonton menyebabkan mereka yang di depan tertolak ke pagar dan pagar itu runtuh, dan penyokong tehumban dalam padang sekali dengan skruktur stadium yang runtuh.94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke –96 mati selepas berada 4 tahun di dalam koma. Laporan Taylor yang disiapkan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Taylor mengenalpasti kesesakan berlebihan penonton dan kegagalan kawalan polis sebagai punca tragedi. Kini, satu memorial telah dibina di Anfield untuk memperingati 96 penyokong tersebut. Mereka juga diabadikan dengan dua nyalaan api kekal di dalam logo rasmi kelab Liverpool. Memorial Hillsborough terletak bersebelahan Shankly Gates di Anfield. Majlis memperingati mereka diadakan setiap tahun. Liverpool akan meminta menangguhkan perlawanan sekiranya tarikh perlawanan bercanggah dengan tarikh memperingati kumpulan 96 Hillsborough.

No comments:

Post a Comment