LFC Moment

Saturday, 6 August 2011

Sejarah Penubuhan Liverpool Fc



Sejarah kelab Liverpool.....emm aku pon kurang pasti mula-mula......tapi lepas selidik-selidik sikit dapat la jugak pengetahuan tentang kelab ni yang aku nak kongsi ngan hampa suma......

Liverpool FC ni ditubuhkan pada 15 Mac 1892 oleh sesorang yang bernama John Houlding, pemilik padang Anfield. Dia memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton yang sebelum itu menyewa padang Anfield ni.....Dalam tahun 1891, John Houlding membeli tanah lapang bersebelahan Anfield pastu bercadang untuk bagi naik kadar sewa daripada £100 kepada £250 setahun.....Banyak jugak la kot time tu.....Ahli-ahli kelab Everton pon bantah lalu dengan drastiknya meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park yang menjadi padang depa sampai hari ni.....


Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada tarikh keramat 15 Mac 1982, Liverpool FC pon ditubuhkan.....John Mckenna yang dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool.


Mula-mula pasukan yang ditubuhkan oleh John Houlding ni pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tapi hajatnya ditolak oleh Persatuan Bolasepak Inggeris. John Houlding ni pon seterusnya letak nama Liverpool untuk kelab barunya......Lepas tu John ni pon mintak la nak masuk Liga Inggeris.....


Permohonan Liverpool nak join Liga Bola Sepak Inggeris kemudian ditolak. Liverpool kemudiannya menyertai Liga Lancashire dan menang perlawanan pertama mereka mengalahkan Higher Walton dengan jaringan 8-0 di Anfield. Gol pertama dijaringkan oleh Liverpool dan perlawanan kompetitif disumbat oleh Malcolm McVean. Pada penghujung musim pertama dalam Liga Lancashire, Liverpool muncul juara dan berjaya mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup. Inilah pertama kali Liverpool bertemu Everton dalam perlawanan setempat yang juga dipanggil Derby Match. Selepas itu, Liverpool diisytiharkan layak untuk menyertai Liga Bola sepak Inggeris pada tahun 1894.....


Ok la, ni ja kot yang aku boleh kongsi pasai sejarah LFC ni....yang lain-lain aku kurang pasti sangat.....yang lain-lain akan kutambah dikemudian hari ya......YNWA!!!!!

No comments:

Post a Comment